Seekor bangkai ikan yu paus seberat lima tan ditemukan hanyut di perairan Tanjung Tohor pada Sabtu sebelum dibawa sekumpulan nelayan ke Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa, di sini.
Ketua Pejabat Perikanan Daerah Muar, Mohd Faris Adman berkata bangkai yu paus spesies Rhincodon Typus yang ditemui kira-kira tujuh batu nautika dari sini dibawa ke darat kira-kira 2 petang.
Beliau berkata, punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu bagi menjalani proses bedah siasat.
"Dianggarkan ukuran yu paus ini sepanjang 6.1 meter dan lebar 1.5 meter manakala jantinanya masih belum dikenal pasti.
"Namun Unit Perlindungan Sumber, akan membuka kertas siasatan bagi mengetahui punca kematian termasuk maklumat lengkap berkaitan umur, jantina dan saiz sebenar ikan ini.
"Kami percaya yu paus ini mungkin sesat di kawasan perairan kerana lokasi ketika ditemui bukan habitat asalnya dan sebelum ini nelayan tidak pernah menjumpai ikan spesies itu di sini," katanya kepada pemberita di sini.
Mohd Faris berkata, yu paus terbabit akan diawetkan sebaik sahaja selesai proses bedah siasat.
Katanya, yu paus merupakan antara hidupan marin terancam dan pihaknya menasihati para nelayan sekiranya menemui spesies hidupan laut yang sedemikian untuk segera menghubungi agensi berkaitan.
"Kita berharap agar mereka tidak bertindak melulu sekiranya menjumpai spesies laut luar biasa yang masih bernyawa kerana tindakan sedemikian boleh didakwa di bawah akta berkaitan," katanya.
Terdahulu, gambar ikan itu tular di laman sosial dan insiden itu menarik ramai penduduk sekitar untuk melihat haiwan tersebut selain mengambil gambar bangkai haiwan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 17 2019
Orang ramai melihat bangkai yu paus di Jeti Pengkalan Nelayan Parit Jawa pada Sabtu. --fotoBERNAMA
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
PM Slovakia ditembak: Jiran suspek bimbang, terkejut
Penduduk yang tinggal di kawasan kejiranan suspek yang menembak Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico, mengakui bimbang dan terkejut, sehari selepas cubaan membunuh yang mendedahkan perpecahan politik di negara itu.
[TERKINI] Suspek sudah didakwa atas cubaan membunuh
Penembak itu bertindak bersendirian dan pernah mengambil bahagian dalam protes antikerajaan.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Wanita warga emas maut dilanggar kereta mengundur
Seorang wanita warga emas meninggal dunia dilanggar keretanya sendiri yang bergerak dalam keadaan mengundur, dipercayai akibat terlupa menarik brek tangan.
Yu paus ditemukan mati di perairan Tanjung Tohor
Punca kematian ikan tersebut belum diketahui setakat ini dan ia akan dihantar ke Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Rantau Abang, Terengganu.
Demi wang pencen, anak simpan mayat ibu 3 tahun dalam peti sejuk beku
Mayat wanita itu disimpan di dalam peti sejuk beku dalam keadaan berbalut seperti mumia selepas diawet dengan bahan kimia.
Polis nafi mayat kanak-kanak mangsa dera diawet
Polis menafikan mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut akibat didera di Flat Paya Nahu, Sungai Petani pagi tadi diawet di dalam tong ikan seperti dilaporkan media tempatan.
La Pascualita, kisah anak diawet jadi patung pengantin hanya legenda urban?
Patung pengantin perempuan yang menjadi hiasan tingkap butik tersebut dikatakan adalah anak kepada pemilik butik.
Mayat Chavez akan diawet untuk pameran muzium tentera
Mayat mendiang Presiden Venezuela, Hugo Chavez yang diawet akan dipamerkan secara kekal dalam sebuah keranda berkaca di muzium tentera negara itu.